Semasa

100 Peneroka Felcra Bukit Tandak Buat Solat Hajat

By  | 

Peneroka Felcra Bukit Tandak di sini, mengadakan solat hajat memohon masalah pengambilan tanah oleh kerajaan negeri diselesaikan segera.

Solat hajat bermula jam 9.30 pagi itu dihadiri 100 peneroka dan ahli keluarga mereka untuk memohon kerja menebang pokok getah dan pengambilan tanah berkeluasan 698 hektar membabitkan 348 peserta diselesaikan dengan cara baik.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Peserta Felcra Bukit Tandak, Mohd Rodzali Mat Noor, 58, berkata, mereka sepakat mengadakan solat hajat memohon kepada Allah supaya memudahkan urusan semua peneroka.

“Saya harap suara kami ini didengari kerajaan dengan tidak menebang pokok getah kerana ini sumber pendapatan kami sejak 40 tahun lalu.

“Setakat hari ini (semalam), kira-kira 0.8 hektar ladang getah ditebang, jika diteruskan kami tidak dapat menoreh.

“Tanaman ini sumber rezeki penduduk dan kami sudah habis membayar hutang kepada kerajaan sejak 2004 dengan nilai keseluruhan lebih RM6 juta,” katanya di Felcra Bukit Tandak, semalam.

Katanya, dia membesarkan lima anak kini berusia 18 hingga 36 tahun hasil mengusahakan tanah berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan 348 peserta Felcra Bukit Tandak kecewa dengan kerajaan Kelantan kerana menebang pokok getah sebelum keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan.

Peguam kerajaan negeri memohon membatalkan injunksi yang dipohon penduduk bagi menghalang sebarang aktiviti di kawasan tanah seluas 689 hektar itu pada 23 Ogos lalu.

Sumber : hmetro

—Mahu anak pandai membaca sebelum masuk sekolah tadika? Klik link dibawah!!—

See.. https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=18759_43