Luar Negara

12 terbunuh dalam banjir kilat di Arab Saudi

By  | 

RIYADH: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir selepas hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sepanjang minggu ini, kata agensi pertahanan awam hari ini.

Seramai 10 orang maut di bandar barat laut Tabuk dan masing-masing satu di Madinah dan di kawasan sempadan utara, kata agensi itu dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita rasmi SPA.

Di antara Ahad dan Rabu, agensi itu menyelamatkan 271 orang dari kawasan banjir, lebih separuh daripadanya di Tabuk, kata kenyataan itu.

Sepanjang minggu ini, hujan lebat melanda beberapa kawasan di Arab Saudi, terutamanya di bahagian barat dan barat laut kerajaan itu berhampiran dengan sempadan Jordan.

Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk itu, kata agensi berkenaan. – AFP