Luar Negara

17 maut semasa hotel terbakar

By  | 

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kebakaran hotel di New Delhi, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak yang cuba melompat dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Kebakaran di Hotel Arpit Palace itu berlaku sebelum waktu subuh, di kawasan sesak di pusat bandar New Delhi.

“Mangsa yang maut termasuk seorang wanita dan kanak-kanak. Seramai 35 orang berjaya diselamatkan bomba dalam operasi yang mengambil masa beberapa jam,” kata pengarah bomba Delhi, G C Misra kepada AFP.

Media tempatan melaporkan wanita dan kanak-kanak itu maut selepas melompat dari tingkap hotel. The Mirror turut menyiarkan video menunjukkan saat seorang lelaki melompat dari tingkap hotel untuk menyelamatkan diri.

Gambar disiarkan menunjukkan asap tebal dan api marak di tingkat atas hotel tiga aras itu.

Kebakaran seperti itu biasa berlaku di India disebabkan tahap keselamatan rendah dan kurang penguatkuasaan.

Pada Disember lalu, enam orang maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Mumbai. Setahun sebelumnya, 14 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah restoran popular di Mumbai.

Sumber : Harian Metro