Luar Negara

20 Orang ‘Tergantung’ Kepala Kebawah Selepas Roller Coaster Tiba-Tiba Berhenti

By  | 

Sekurang-kurangnya 20 orang pelancong yang menaiki roller coaster, Gravity Max di Taiwan berdepan detik cemas apabila permainan yang dinaiki berhenti di puncak secara tiba-tiba.

Gravity Max direka dengan ketinggian 35 meter di atas tanah dan akan berhenti secara tiba-tiba pada ketinggian kemuncak sebelum perlahan-lahan memecut laju ke bawah.

Namun sebaliknya terjadi apabila roller coaster yang dinaiki tergantung lama dengan pandangan ke bawah.

Media melaporkan ia berpunca daripada masalah teknikal permainan tersebut dan kesemua mereka selamat diturunkan menggunakan tangga keselamtan manual tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah taman tema dalam satu temubual memberitahu permainan itu telah memenuhi kriteria keselamatan sepenuhnya dan selamat. Walau bagaimanapun, faktor angin kencang, hujang lebat dan kabus antara yang menganggu perjalanan roaller coaster tersebut.

Sumber: Mirror