Luar Negara

“3 Jam Dia Berpaut Pada Pokok” Kisah Nenek Korban Nyawa Selamatkan Cucu Dalam Banjir Sulawesi Undang Sebak Netizen

By  | 

Kisah seorang nenek yang bertarung nyawa semata-mata menyelamatkan nyawa cucunya menjadi bualan masyarakat setempat yang rata-rata tersentuh dengan pengorbanan itu.

Gambar terakhir bersama cucu kesayangannya dalam banjir teruk di Sulawesi sambil berpaut pada sebatang pokok tular di media sosial.

Pemilik gambar tersebut, yang merupakan anak wanita itu sendiri sempat menceritakan detik-detik cemas itu melalui laman Instagram miliknya.

Sehari selepas gambar tersebut tersebar, netizen dikejutkan dengan kepergian wanita warga emas itu yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sehari selepas menyelamatkan cucunya ketika banjir menerjah, Gowa pada Selasa lalu.

Menantu kepada mangsa memberitahu bahawa mertuanya cuba berpaut pada pohon ketika banjir ‘menelan’ kediaman mereka.

Ketinggian air pada ketika itu dikatakan berada para paras leher.

“Mertua saya dibawa arus bersama cucunya sebelum akhirnya dibantu warga sekitar yang segera meraih pautan tangan mereka.”

“Tiga jam dia paut pokok itu sambil tunggu pertolongan tiba.”

“Gambar yang tersebar itu adalah atas permintaan saya kepada warga yang dikenali untuk meminta pertolongan perahu daripada pihak pegawai penyelamat.”

Setelah mendapat pertolongan kru penyelamat, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital namun selepas dirawat selama satu jam, nenek itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: Tribun News, Siakap keli