Luar Negara

59 ‘penyamun’ dibunuh pertahanan awam Nigeria

By  | 

KANO: Sekurang-kurangnya 59 ‘penyamun’ maut dibunuh pasukan pertahanan awam apabila mereka menyerang kampung di barat laut Nigeria, kata pegawai keselamatan dan penduduk tempatan.

“Kami membunuh 59 penyamun dan kematian tujuh anggota dalam pertempuran yang berlanjutan hampir empat jam,” kata penduduk kampung Danjibga, Bube Shehu, mengenai pertempuran semalam.

Laporan menyebut, angka kematian mungkin lebih tinggi, selepas pegawai kerajaan tempatan berkata 15 lagi penyamun dibunuh di kampung Danmarke berhampiran.

Keterangan Shehu disokong pegawai tentera di negeri itu tetapi tiada pengesahan daripada polis.

Keadaan keselamatan yang semakin buruk di barat laut negara itu, kubu kuat Presiden Muhammadu Buhari, adalah antara cabaran kepada pemilihan semula beliau, apabila pengundi keluar mengundi Sabtu ini.

Peladang dan pengembala di wilayah itu kerap menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang menyerbu kampung, mencuri ternakan dan menculik untuk menuntut tebusan.

Pegawai tempatan di Danmarke berkata, penduduk kampung kecewa kerana kekurangan perlindungan daripada pasukan keselamatan dan terpaksa terpaksa mengambil undang-undang sendiri. — AFP