Semasa

‘Ah Long’ Ugut Nak Jadikan Wanita Ni Pelacur Kalau Tak Pulangkan Balik Duit Yang ‘Dipinjam’

By  | 

Kita semua memang tahu risiko bila pinjam duit daripada Ah Long, selalunya memang tak pernah berakhir dengan baiklah sebab tu macam mana susah pun cubalah halang diri dari pinjam dengan dorang.

Macam wanita berusia 28 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ini, dia mungkin dalam kesusahan, so bila dia nampak iklan pinjaman berlesen, dia tergerak untuk bertanya.

Menurut The Star, pada awalnya wanita ini berniat untuk meminjam RM5,000 selepas nampak iklan pinjam wang di Facebook pada 29 Julai lalu. Dia membuat keputusan untuk contact lepas nampak yang peminjam ini mengatakan cara bayaran semula sama macam buat pinjaman bank.

Dia kemudiannya diminta untuk memberikan maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank. Tiba-tiba, lepas dia bagi maklumat ni, RM3,000 dimasukkan ke dalam akaunnya.

Sumber: The Star

“Saya sebenarnya nak tolak tawaran pinjaman ni sebab interest tinggi sangat. Saya ingatkan sebelum dapat duit akan sign agreement dulu.

“Tapi tiba-tiba RM3000 dimasukkan dalam akaun saya dan mereka suruh saya bayar RM1,700 setiap minggu dan perlu bayar RM5,100 setiap tiga minggu.”

Kemudian, ada seorang lelaki lain bernama Lim telefon Wong dan berkata dia dah masukkan RM2,500 ke dalam akaun wanita ini.

“Saya tak tahu kenapa dorang bank in duit ni. Dari RM2,500, saya kena bayar RM4,400 dalam masa dua minggu.”

Menurut Wong, dia tak pernah gunakan duit yang Lim masukkkan ini dan dah pun pulangkan wang tersebut.

Pun begitu, Wong berkata Lim tak puas hati dan mula mengugut untuk mencederakan ahli keluarganya. Bukan tu je, Lim berkata dia akan jadikan Wong pelacur kalau wanita ini gagal

membayar wang yang “dipinjam” ini.

Setakat ini, wang yang ‘dipinjam’ Wong telah mencecah RM20,300. 

“Lim juga kata kalau saya tak bayar on time, setiap jam dia akan didenda RM1,000.”

Wong kini dah pun buat laporan polis.

Silapnya, Wong patutnya jangan bagi maklumat peribadi kalau tak sure nak pinjam ke tak. Lagi-lagi Ah Long ni memang dah terkenal dengan scam-scam dorang ni.

LOBAKMERAH