Tips

AKOK PANAS CARA SAYA?

By  | 

Ni la feveret anak2 & bapak anak rumah ni? Lama tak buat,mesti diaorang request. Duk kat kampung,senang la nak dapat Akok Panas. Duk merantau,pepandai sendiri la buat..? sampai pernah ambik order. Sekarang dah sibuk urusan lain,tak bukak tempahan dah.

Yang rajin nak buat bisnes,saya boleh suggest buat la akok frozen. Masak macam biasa,letak tempat frozen. Bila customer beli,dia hanya perlu panaskan dalam microwave sekejap.

Ni saya share resepi Akok Panas cara saya masak guna acuan muffin sahaja?

RESEPI AKOK PANAS?

Bahan2 mudah?

# gula Melaka
# air masak stgh cawan
# daun pandan
# gula dlm 3-4 sudu besar(bergantung nak manis tahap mana)
# santan kotak kecil
# tepung gandum 5 sudu besar
# 4 bijik telur
# esen vanilla sikit
# garam sikit

Sebelum buat adunan,panaskan oven 280 darjah api atas bawah selama 10 minit

CARA MEMBUAT?

1) Panaskan stgh cawan air + gula Melaka + 3-4 sudu besar gula + daun pandan sehingga semua sebati,guna api slow…dah agak mendidih,tutup api…biarkan suam

2) Masukkan santan + sedikit garam + 4 bijik telur + 5 sudu besar tepung gandum + esen vanilla. Pukul sampai jd adunan…rupa adunan agak cair

3) Tapis adunan

4) Sapukan bekas muffin dgn minyak masak…tuang adunan sampai penuh acuan muffin… ** makin dlm acuan muffin,makin tebal la akok yg terbentuk

5) Masukkan dlm oven,bakar dlm 20-25 minit. 15 minit pertama guna api bawah shj,5-10 minit terakhir guna api atas bawah. Rupa akok akan naik gelembung dlm oven…suhu 170-180 darjah **ikut oven masing-masing.

6) Bawak keluar,sejukkan sekejap…akok akan perlahan2 turun n mengecut.

7) SIAP!??

Selamat Mencuba!??

Kredit Resepi : Raja niza