Semasa

Anak dua tahun tukar gear undur, wanita terperosok bawah kereta

By  | 
Seorang wanita cedera akibat terperosok bawah kereta berikutan anaknya menukar gear. — Foto ihsan Facebook/Kuan Chee Heng

PUCHONG, 13 Sept — Seorang wanita terperosok bawah kereta selepas beliau cuba menahan kenderaan tersebut yang mengundur berikutan perbuatan anak berusia dua tahun.

Anak lelaki mangsa yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin hidup dikatakan menukar gear kepada mengundur di stesen minyak di Puchong Utama sekitar jam 4 petang semalam, lapor Sinar Harian.

Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia berkata mangsa, 40-an, cedera di muka, pinggang dan kaki akibat cuba menahan kereta dari melanggar tembok stesen minyak.

“Akibatnya mangsa dilanggar kereta sendiri dan terperosok masuk ke bawah kereta,” kata Kuan Chee Heng.

Mengikut hantaran Facebook beliau, anak sulung mangsa yang turut berada dalam kereta itu kemudian menukar semula gear kepada “parking”. – PROJEKMM