Semasa

Anak mangsa pilih kasih kini hidup ‘senang’, enggan balik raya jumpa ibu, “Jangan pernah ada hati nak minta tolong Along time susah”

By  | 

AIR dicincang tidak akan putus, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan hubungan persaudaraan yang akan kekal sampai bila-bila.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang anak yang enggan pulang kampung halaman, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan ibu sendiri.

Kisah itu menjadi tular di Facebook apabila tersebarnya dua paparan skrin perbualan WhatsApp antara ibu dan anak berkenaan.

Setelah disoal ibunya kerana tidak pulang beraya sempena ketibaan Aidiladha pada Ahad lalu, dia pantas memberi jawapan panjang lebar kepada wanita itu.

“Buat apa balik raya?” soal anaknya yang dikenali sebagai Aril ataupun Along.

“Apa yang ada dekat kampung tu, tanah, kebun, rumah, sawah padi semua ibu bagi dekat Angah, Acik, Poksu.

Paparan skrin WhatsApp yang tular.

“Along satu pun tak dapat. Macam kecil dulu kan ibu. Ibu tak pernah hargai apa yang Along buat, ibu cakap menyesal lahirkan Along kan ibu?” tulis pemuda itu lagi.

Menerusi perbualan itu, Aril dikhabarkan sudah tujuh tahun tidak pulang bertemu ibunya.

Malah, ibunya juga mengajak Aril pulang untuk mereka berbincang memandangkan dia sudah lanjut usia.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Jika ada yang salah sila perbetulkan sebelum maut menjelma tiba.

NETIZEN

“Tujuh tahun Along menderita lebih dari tu. Along nak belajar ibu tak bagi, ibu suruh usaha sendiri.

“Along minta beli motor tak bagi, adik yang lain boleh je. Ibu fikirlah ibu.

“Sekarang Along dan keluarga Along pun dah selesa dan tiada lagi dugaan mendatang,” tulisnya panjang lebar.

Kata Aril, dia sekadar menghantar mesej itu kepada ibunya untuk memberi ucapan selamat hari raya sahaja.

“Along chat ni pun nak ucap selamat hari raya Aidiladha je. Kirim salam dengan ayah sekali yang selalu tidak ambil berat tentang along macam ibu,” tulisnya.

Dia juga sempat memberi pesanan agar ibu dan adik beradiknya yang lain supaya tidak mencarinya apabila ditimpa kesusahan kelak.

Antara komen netizen di Facebook.

“Jangan pernah ada hati nak minta tolong Along time susah. Cakap dekat dia juallah harta yang ibu dan ayah bagi tu.

“Along usaha Along, Along berjaya atas usaha Along. Bye mungkin kita jumpa suatu hari nanti tapi buat masa ni, maaf banyak-banyak ibu,” tulis Aril sebelum mengakhiri bicara dengan kalimah Assalamualaikum.

Dalam pada itu, paparan skrin perbualan berkenaan yang kini tular di media sosial turut menerima pelbagai respon.

Malah, ada yang menasihati agar Aril bertemu ibunya untuk memohon maaf sebelum terlambat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kesahihan perbualan WhatsApp berkenaan.

“Salah ibu sebab pilih kasih. Tapi anak tetap salah sebab tak jenguk ibu.

“Dua-dua bersalah.. Si ibu pilih kasih si anak dendam.

“Buang yang keruh ambil yang jernih. Jika ada yang salah sila perbetulkan sebelum maut menjelma tiba,” tulis beberapa netizen di Facebook.

MSTAR