Luar Negara

Angelina Jolie Lawat Kem Pelarian Rohingya – Bangladesh

By  | 

COX’S BAZAR : Bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie, melawat kem pelarian Rohingya di Bangladesh hari ini menjelang rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan hampir sejuta bilion dolar untuk menjaga mereka.

Selepas tiba di negara itu, Jolie, yang juga wakil khas UNHCR, segera menuju ke kem di Teknaf berhampiran sempadan Myanmar untuk bercakap dengan sebahagian daripada 720,000 pelarian Islam yang melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar pada Ogos 2017.

Pelakon berusia 43 tahun itu tidak membuat sebarang kenyataan, tetapi timbalan ketua polis Cox’s Bazar, Ikbal Hossain, memberitahu Jolie akan melawat lebih banyak kem esok.

Jolie berada di Bangladesh untuk menilai keperluan kemanusiaan sejuta pelarian Rohingya di kem di seluruh Cox’s Bazar.

Beliau sebelum ini bertemu dengan penduduk Islam yang kehilangan tempat tinggal ketika di Myanmar pada Julai 2015 dan di India pada 2016.

Bangladesh terjejas sejak lebih 730,000 pelarian Rohungya tiba dari Myanmar selepas Ogos 2017.

Lebih 620,000 tinggal dalam kem Kutupalong, penempatan pelarian terbesar dunia. 

Sumber : Bharian, AFP