Luar Negara

Angka korban banjir di Sulawesi Selatan meningkat 30 orang

By  | 

JAKARTA: Angka korban akibat air empangan melimpah di Sulawesi Selatan meningkat kepada 30 orang manakala 25 masih hilang, kata pihak berkuasa hari ini.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), sudah membina penempatan sementara dan dapur terbuka kepada penduduk yang melarikan diri dari banjir setinggi satu hingga hampir tiga meter yang turut melanda wilayah Makassar, semalam dan hari ini.

“Setakat ini, kami berjaya menjumpai 30 mangsa mati lemas atau terperangkap dalam tanah runtuh akibat hujan lebat dan limpahan air dari empangan Bili-Bili,” kata pegawai agensi, Hasriadi.

Menurut media, salah sebuah lebuh raya utama ditenggelami air sehingga memaksa pihak berkuasa menghantar bantuan menggunakan helikopter. -Reuters.