Semasa

Angkara Cemburu, Isteri Kelar dan Tikam Kemaluan Suami Sebelum Larikan Diri

By  | 

Betul lah orang kata, kita kalau tengah marah apa pun kita sanggup lakukan. Macam apa yang terjadi dekat seorang lelaki di Ipoh, Perak ni.

Memetik Sinar Harian, seorang wanita tergamak mengelar dan menikam kemaluan suaminya menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari, Meru Jelapang malam tadi.

Sumber: Sinar Harian

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 malam itu dipercayai berlaku angkara cemburu dan menyebabkan mangsa yang juga warga Sri lanka berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah di kemaluan dan leher.

“Siasatan di lokasi kejadian telah menemui tompokan darah bermula dari tilam hingga ke luar bangunan. Sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dijumpai, senjata berkenaan didapati telah cuba dibersihkan.”-Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh

Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata kejadian tersebut disedari orang ramai selepas mangsa keluar dari kediaman bagi mendapatkan bantuan.

“Wanita warga Sri Lanka berusia 48 tahun itu bagaimanapun didapati telah melarikan diri, usaha mengesan kini sedang dijalankan,” 

“Tompokan darah ditemui di atas tilam dan bahagian dalam rumah.”

Sumber: Sinar Harian

Katanya pasangan itu masuk ke negara secara sah menggunakan pas pelancong dan menyewa di rumah kedai berkenaan.

“Menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiada kelibat pergerakan orang luar melainkan mangsa yang berlari keluar dari tempat kejadian sementara suspek berada dalam tempat kejadian itu.

“Kemungkinan kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur. Buat masa ini, kita syaki kejadian berpunca daripada cemburu,” 

Beliau memaklumkan yang mangsa berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,”

LOBAKMERAH