Luar Negara

Angkara cemburu, lelaki tembak mati bekas isteri, ibu mertua selepas 10 tahun menghilang

By  | 

SEORANG lelaki yang pulang ke rumah selepas 10 tahun menghilang, didakwa menembak mati bekas isteri dan ibu mertua apabila mendapati bekas isterinya telah berkahwin semula.

Polis berkata, kejadian tembakan berlaku di rumah Na-ua Jajoo, 38, di Kampung Ban Muang Noi di daerah Wiang Pa Pao di Chiang Rai, Thailand, pada Rabu lalu.

Mangsa, Na-ua ditembak dua kali di bahagian belakang dan dada, dengan menggunakan senapang patah.

Ibunya, Ada Haeni, 63, ditembak sekali di bahagian belakang.

Polis berkata, suspek bunuh merupakan bekas suami Na-ua.

Saudara-mara Na-ua memberitahu polis bahawa mangsa ditinggalkan bekas suami selama 10 tahun, dan secara tiba-tiba datang berjumpa dengannya pada malam Rabu.

Suspek mendapati bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

Menurut saudara-mara mangsa, bekas suami Na-ua cemburu dan bertengkar dengan suami baharunya dan ibu mertuanya.

Na-ua melarikan diri ke tandas sebelum dibunuh, manakala ibu mangsa turut ditembak.

Polis berkata, suspek kehabisan peluru dan melarikan diri. Polis kini memburu bekas suami mangsa.

Sumber : The Nation/Asia News Network