Luar Negara

Bayi tersumbat dalam paip pembetung berjaya diselamatkan

By  | 

CAPE TOWN: Satu video tersebar menunjukkan saat dramatik seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berjaya dikeluarkan dari paip pembetung bawah tanah dalam kejadian di utara Durban, Afrika Selatan.

Kejadian disedari seorang penduduk, Lyron Lovdale yang secara kebetulan melalui kawasan Newlands East sebelum terdengar suara tangisan bayi yang sedang menangis.

Dia yang curiga, cuba memeriksa dengan membuka penutup saluran itu dan terkejut melihat seorang bayi sebelum menghubungi anggota penyelamat.

Mereka mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan bayi yang tersumbat sedalam tujuh meter dalam saluran paip berkenaan.

Bagaimanapun, bayi terbabit dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain mengalami hypothermia sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki helikopter.

“Bayi itu kini stabil dan polis mula menyiasat kejadian terbabit selain cuba mengesan ibunya,” kata jurucakap Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Robert Mckenzie

https://video.dailymail.co.uk/preview/mol/2019/02/11/2125739949142655563/636x382_MP4_2125739949142655563.mp4

Sumber : Harian Metro