Hiburan

Berhenti Kecam Suami Saya – Isteri Tauke Jambu

By  | 

Setelah hampir seminggu kecoh permasalahan rumah tangga dianatara pelawak Taunke Jambu dan isterinya Nadia, kini Nadia tampil memohon orang ramai supaya berhenti mengecam suaminya kerana Tauke Jambu tidak bersalah dalam hal ini.

Nadia, 30, dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Story, semalam berkata, kekalutan yang berlaku berpunca daripada kesilapannya kerana terlalu mengikut kata hati.

“Di sini, saya ingin membuat permohonan maaf kepada suami. Memang saya yang salah dalam semua hal dan apa yang dia katakan sebelum ini, memang benar.

“Saya yang silap gara-gara terlalu mengikut kata hati. Berhenti kecam dia kerana Tauke tidak bersalah.

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada suami,” tulis Nadia dalam catatan ringkas itu.

Nadia dan Tauke mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober lalu.

Sumber : Ohmedia