Jenayah

Buang Barang Masuk Ke Dalam Rumah Jiran, Pasangan Suami Isteri Parah Kena Tikam!

By  | 

Hidup berjiran ini sebenarnya tak susah kalau kita seorang yang peramah dan saling menghormati antara satu sama lain. Yang paling penting janganlah biadap dengan jiran dan buat perkara yang boleh mendatangkan marah mereka.

Seperti contoh, perkara yang berlaku baru-baru ini di Flat Padang Tembak, Georgetown, Pulau Pinang. Menurut Astro AWANIsepasang suami isteri parah ditikam akibat melontar barang ke dalam rumah jiran. Aduhaii!

Lontar barang dari tingkat enam masuk ke dalam rumah di tingkat lima?

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi ini bermula apabila suspek berang lepas pasangan suami isteri di tingkat enam telah melontar barang masuk ke dalam rumahnya di tingkat lima.

Akibatnya, berlaku pertengkaran mulut antara mereka bertiga sehingga si isteri yang berusia 41 tahun yang tak dapat mengawal kemarahan telah memukul kepala suspek dengan tin biskut. Tak cukup dengan itu, ibu suspek yang ada di tempat kejadian pulak ditolak hingga terjatuh. Uish sampai macam tu sekali! 

Berang emak ditolak jatuh, suspek tikam mangsa di dada dan perut

Disebabkan marah dengan tindakan isteri jiran menolak ibunya hingga jatuh, suspek yang sedang memotong buah bertindak menikam wanita berkenaan. Suami wanita yang sedang bergelut dengan suspek pula ditikam pada bahagian dada dan perut. Aduhai… 

Sumber: Astro AWANI

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, menerusi siasatan awal, ketiga-tiga mereka memang dah selalu terlibat dalam pergaduhan walaupun berkaitan hal kecil. 

Mangsa kini dilaporkan tidak stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. Manakala suspek berusia 45 tahun pula alami patah hidung, bengkak mulut dan pipi serta luka di jari.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh.

Sumber: Astro AWANI

“Duduk flat memang macam tu lah. Dengan hal sampah, berebut parking” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini nampaknya lebih memihak kepada suspek dan ramai yang beranggapan mangsa kedua-duanya itu sangat biadap kerana menolak ibu suspek jatuh.

Apa-apapun ramai yang mengakui, beginilah lumrah hidup di flat. Benda kecil pun boleh jadi pergaduhan besar.

Sumber: Facebook

Harap mangsa cepat sembuh dan tidak lagi mengulangi perbuatannya. 

lobakmerah