Luar Negara

Budak 6 Tahun Lari Rumah, Buat Laporan Polis Sebab Tak Tahan Tengok Ayah Pukul Mak

By  | 

Ramai mak ayah tak sedar bila dorang gaduh depan anak-anak, ia boleh beri kesan buruk pada mental anak jangka panjang. Silap-silap, boleh buat anak trauma seumur hidup.

Baru-baru ni, seorang budak lelaki 6 tahun, Yangyang telah membuat tindakan berani untuk membuat laporan polis bila tak tahan tengok mak ayah dia bergaduh sampai pukul memukul.

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian ini berlaku di Zhejiang, China. Dikatakan, pada satu malam, ayah budak ni balik ke rumah dalam keadaan mabuk. Dia minta isterinya bagi telefon supaya dia boleh ‘check’ aktiviti isteri dia.

Disebabkan mak budak ni tak nak bagi suami dia check telefon, dorang mula bertengkar. Namun, pertengkaran dorang ni cepat-cepat bertukar menjadi fizikal bila lelaki ni mula mencekik isterinya.

Gambar Hiasan

Tak mengaku kalah, wanita tersebut lempar hair dryer yang dia ambil dari meja berdekatan kepada suaminya. Sedihnya, sepanjang pergaduhan ganas ini berlaku, anak dorang yang baru berusia 6 tahun tengok semuanya.

Mungkin tak tahan dengan apa yang dia lihat, Yangyang lari dari rumah untuk mendapatkan bantuan pihak polis.

Budak ni bagitahu polis, dia datang ke balai sebab cikgu tadika dia cakap, kalau ada benda bahaya berlaku, dia kena terus minta bantuan pihak polis.

Gambar Hiasan

Ayah saya mula dulu (pukul). Dia mabuk masa dia minta nak tengok phone mak saya. Sebab mak saya tak nak bagi, dia pukul mak.”

Bukan tu je, budak ni juga beritahu pihak polis yang salah seorang dari ibu bapanya cedera hingga berdarah akibat dari pergaduhan tersebut.

Pihak polis kemudiannya mengikut Yangyang ke rumahnya dan bila dorang tiba di sana, pasangan ni still sibuk bergaduh. Dorang punya gigih gaduh tu sampai tak perasan langsung anak dorang keluar rumah?!

Pihak polis kemudiannya memberikan amaran keras kepada kedua ibu bapa ini sebelum mereka segera meminta maaf dan berbaik semula.

Gaduh tu satu hal, sampai tak kisah anak tu ada ke tak pun satu hal jugak…

LOBAKMERAH