Semasa

Budak 8 Tahun Dijumpai Rentung Dalam Kontena

By  | 

BAYAN LEPAS: Seorang kanak-kanak dijumpai rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kontena yang terletak di Padang Permainan Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang tengah hari Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8, ditemukan melecur 100 peratus dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Bayan Lepas, PBK 11 Marziaddi Mahmud, kebakaran melibatkan sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama.

Menurut Marziaddi, maklumat orang awam mengatakan kontena tersebut tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain.

Katanya, kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan pada jam 12. 40 tengah hari lapor Astro Awani.