Luar Negara

Bunuh 3 Wanita Sebelum Jadikan Mereka Sabun & Kuih Untuk Hidang Pada Jiran

By  | 

g kejamnya….

Kalau dilihat pada luarannya, Leonarda Cianciulli merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan sangat ramah. Bukan tu je, dia juga pemurah, sering bagi kuih yang sedap-sedap untuk dibuat makan semasa minum petang.

Namun disebalik perwatakan ini, Leonarda sebenarnya seorang pembunuh bersiri yang percayakan benda-benda karut seperti pengorbanan manusia.

Leonarda buat sabun dan kuih dari bahagian badan mangsa-mangsanya

Sumber: Ranker

Perkara yang paling buat orang ingat tentang kes Leonarda Cianciulli ini adalah dia gunakan soda kaustik, bahan untuk pecahkan kayu untuk melarutkan mayat manusia dan campurkan dengan lemak dan daging untuk dijadikan sabun.

Bagi membuat kek pula, darah dari mangsa yang dah diasingkan di dalam baldi akan dibekukan sebelum dikeringkan menggunakan oven dan campurkan dengan tepung. Dari situ, dia akan gunakan tepung tersebut untuk buat kuih dan berikan pada jiran-jirannya.

Percaya benda karut sampai jumpa penilik nasib

Sumber: Ranker

Ramai percaya yang Leonarda percayakan benda karut. Kalau korang nak tahu, Leonarda pernah cuba untuk bunuh diri dua kali sebelum dia menginjak dewasa.

Kemudian dia berkahwin dengan seorang kerani, namun perkahwinannya ini dihalang oleh ibu bapanya kerana mereka mempunyai calon yang lebih sesuai untuk wanita ini.

Kerana kedegilannya, ibu Leonarda telah menyumpah yang hidup wanita ini tak akan aman sampai bila-bila. Beberapa tahun selepas dia berkahwin, Leonarda dipenjarakan atas kesalahan penipuan dan rumahnya dimusnahkan oleh gempa bumi.

Bukan tu je, dia pernah mengandung sebanyak 17 kali tapi kehilangan 13 orang anaknya sama ada dari keguguran mahu pun penyakit semasa kecil.

Kerana sering ditimpa kecelakaan, Leonarda membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang penilik nasib, wanita Romanian yang mendorong dia untuk melakukan jenayah.

Tangan kanan kau aku nampak penjara, tangan kiri aku nampak rumah sakit otak untuk penjenayah.”

Tertekan dengan sumpahan ibunya dan kata-kata penilik nasib tersebut, Leonarda menjadi lebih percaya pada benda-benda tahyul.

Pada akhir tahun 1939, anak lelakinya Giuseppe memberitahu yang dia nak join tentera Itali. Takut kehilangan anaknya, Leonarda mengikut cakap penilik nasib tersebut untuk buat pengorbanan manusia bagi menyelamatkan anak-anaknya.

Mangsa pertama, anak dara tua yang dijanjikan perkahwinan

Sumber: Ranker

Mangsa pertama Leonarda adalah Faustina Setti, seorang wanita berusia yang dikira sebagai ‘anak dara tua’. Dia dipancing oleh Leonarda dengan menjanjikan seorang lelaki dah menunggu untuk mengambil dia sebagai isteri.

Leonarda kemudian meyakinkan Faustina untuk tak beritahu sesiapa tentang perkahwinannya dan dia menyuruh wanita malang ini untuk menulis poskad kepada saudara-maranya mengatakan yang dia dah tiba di Pola.

Malangnya, yang menanti Faustina bukanlah bakal suami tapi kapak Leonarda. Selepas membunuh wanita ini, Leonarda memotong mayat Faustina kepada sembilan bahagian sebelum cairkan mayat tersebut di dalam periuk.

“Saya letakkan cebisan mayat ke dalam periuk dan tambahkan tujuh kilo soda kaustik yang saya beli untuk buat sabun dan kacaukan adunan tersebut sampai ia jadi pekat sebelum jadikan sabun.

“Untuk darah pula, saya tunggu sampai ia beku dan keringkan dalam oven sebelum saya hancurkan dan campurkan dengan tepung, gula, coklat, susu dan telur serta sedikit marjerin.

“Saya uli semua bahan ni dan buatkan kuih yang rangup untuk dihidangkan pada wanita-wanita yang datang melawat rumah saya. Giuseppe dan saya makan jugak.”

Mangsa kedua, dijanjikan pekerjaan

Sumber: Ranker

Francesca Soavi merupakan mangsa kedua Leonarda yang dijanjikan pekerjaan di sekolah perempuan di Piacenza, Itali. Leonarda memberikan arahan yang sama kepada Francesca, untuk menulis poskad yang boleh diberikan pada ahli keluarganya sejurus dia sampai ke sekolah tersebut.

Kemudian, Leonarda bunuh wanita ini dengan cara yang sama. Kerat badan mangsa dan buat jadi sabun dan kuih.

Mangsa ketiga, penyanyi opera

Sumber: Ranker

Mangsa ketiga Leonarda merupakan seorang penyanyi opera yang dah tak ada job, Virginia Cacioppo.Leonarda mengambil peluang ini untuk offer wanita pekerjaan di sebuah ‘teater misteri’.

Excited untuk bekerja semula sebagai penyanyi, wanita ini terus setuju dengan offer Leonarda. Dalam memoir Leonarda, dia ada menceritakan tentang penyanyi opera ini.

“Macam dua wanita sebelum ini, mayat dia juga dimasukan dalam periuk. Dagingnya berlemak dan putih, so bila dah cair saya tambahkan pewangi dan jadikan sabun. Saya berikan sabun ini kepada jiran-jiran dan kawan-kawan saya. Kuih dari badan dia pun lagi sedap: wanita tu memang sangat manis.”

Tersilap langkah

Sumber: Ranker

Walaupun Leonarda dah cuba untuk musnahkan bukti-bukti dia bunuh tiga wanita-wanita ini, dia terlepas sesuatu. Tak seperti dua mangsa sebelum ini, mangsa ketiganya mempunyai seorang kakak ipar yang sangat suka ‘membawang’.

Dia tak percaya dengan surat yang dia terima tentang pemergian Virginia. Malah, dia nampak adik iparnya ini masuk ke rumah Leonarda pada malam sebelum dia ‘hilang’.

Kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena, kakak ipar Virginia telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Pada awalnya, Leonarda tak mengaku dengan tuduhan-tuduhan yang diberikan. Namun, bila pihak polis mula menunding jari kepada anaknya, dia terus mengaku dan mengatakan anaknya tak terlibat dengan perbuatan jenayahnya ini.

Akhirnya dipenjarakan…

Sumber: Ranker

Perbicaraan Leonarda hanya mengambil masa beberapa hari saja. Wanita ini didapati bersalah dan diberikan hukuman penjara selama 33 tahun.

Apa yang mengerikan, hukuman yang dikenakan pada Leonarda ni sama dengan apa yang diramalkan oleh penilik nasib sebelum ini. Leonarda dipenjarakan selama 30 tahun dan perlu duduk di dalam rumah sakit otak untuk penjenayah selama 3 tahun.

Semasa tahun terakhir dia di dalam rumah sakit mental, 1970, Leonarda meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada usia 79 tahun.

Jasad wanita ini dipulangkan kepada keluarganya untuk pengebumian manakala senjata pembunuhan termasuk periuk dan sabun diderma ke Muzium Kriminologi di Rome, Itali untuk dipamerkan.

Macam manalah perasaan jiran-jiran dia lepas dapat tahu dorang selama ni makan kuih yang dibuat dari mayat orang. Eee

Sumber: Ranker, ati

LOBAKMERAH