Luar Negara

Bunuh rakan, pam dalam tandas

By  | 

MUMBAI: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh rakannya sebelum mengerat mayatnya dan mengepamnya dalam tandas selepas satu pertengkaran.

Perbuatan suspek berusia 40 tahun itu terbongkar selepas penduduk di pangsapuri Bachraj Bachraj Paradise Society menemui cebisan daging dalam saluran kumbahan mereka.

“Ketika memeriksa sisa daging berkenaan, kami menemui dua jari seterusnya mengesahkan ia daripada manusia,” kata pegawai polis Jayant Bajbale.

Sementara itu, India Today melaporkan mayat itu dikerat 200 sebelum dipam dalam tandas dalam tempoh empat hari. Sisa mayat yang lebih besar serta tulang dicampakkan dari kereta api dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut NDTV, mangsa berusia 58 tahun rakan suspek dan meminjam wang daripadanya untuk berkahwin.

Pertengkaran tercetus pada 16 Disember lalu selepas suspek yang datang ke rumah sewa mangsa bergurau mengenai jarak usia antara rakannya itu dengan bakal isteri, malah berkata wanita itu mungkin akan mengadakan hubungan sulit satu hari nanti.

Mangsa terbunuh selepas ditolak suspek ke dinding.

Sumber : Harian Metro