Semasa

Comelnya budak tiga tahun nyanyi ‘Negaraku’ walau ada salah sebut

By  | 

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Rakaman kanak-kanak menyanyi lagu kebangsaan Negaraku mencuit hati pengguna media sosial sekalipun ada lirik nyanyiannya yang salah sebut.

Khayla Sofea, tiga tahun, dilihat menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dalam tiga rakaman yang dimuat naik ibunya Anis Suhailah ke Twitter kelmarin.

Walau lirik yang tersalah sebut dalam salah satu rakaman, Khayla, yang mengikut hantaran Anis, turut merakam sendiri aksi nyanyian lagu sama di rumah.

“Dia (Khayla) record (rakam) diri dia sendiri pula,” kata Anis merujuk salah satu rakaman sembilan saat yang menyaksikan anaknya memegang telefon bimbit sambil bernyanyi.

Rakaman yang ditonton lebih 130,000 kali dan hantaran diulang siar lebih 11,000 kali setakat ini mengundang reaksi positif warga maya. Malah, ada beberapa pengguna Twitter mengetag Permaisuri Agong. 

Shara Aina: Kecil-kecil dah reti nyanyi lagu Negaraku. Salute (tabik) seyhhh

Athena Asamiya: My niece also (Anak saudara saya juga) “.. rakyat tidoooo” aduiii

Erizar Hisham: My daughter (anak perempuan saya) pulak.. “bersatu dan madu… “ “mayat hidupp”.

Muhammad Akhmal: Why (kenapa) comel sangat?!

Nadirah Mahadzir: Mulut dia tu. Muncung-muncung. Gerammmm. 

PROJEKMM