Tips

Cukup-cukuplah Bagi Nasihat Bukan-Bukan Pada Si Ibu

By  | 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu yang baru dan bakal bersalin janganlah anda mudah percaya dengan kata-kata orang sekeliling mengenai kesihatan bayi anda. Perkara ini bukan baru tetapi sudah lama meniti dibibir masyarakat tentang bayi kuning.

Pelbagai cara dan cadangan orang sekeliling kongsi tetapi masih ada lagi kuning pada bayi. Sudah tentu memberikan tekanan pada para ibu. Kononnya itu adalah ikhtiar tetapi sebaliknya. Ibu bapa bayi tersebut terpaksa berulang alik dari hospital kerana kuning pada bayi masih tidak kurang bahkan lagi bertambah.

Sudahlah baru bergelut dengan emosi sewaktu melahirkan, penat meneran, mengalami contraction berjam lamanya, berpuasa (untuk pembedahan), sakit luka episiotomi atau luka pembedahan, datang pula yang pandai-pandai minta sumbat macam-macam untuk si bayi yang alami kekuningan.

Jururawat ini berkongsi penyebab dan langkah mencegahnya secara profesional. Kuning atau jaundis dalam keadaan bayi normal disebut jaundis fisiologi dan biasanya muncul pada hari kedua dan ketiga selepas kelahiran.

Untuk pengetahuan semua orang, ketika dalam kandungan, hati ibu akan membuat bilirubin ini. Selepas kelahiran, anak sendiri akan membuang bilirubin tersebut melalui hati mereka sendiri.

Atas sebab hati bayi belum mampu sepenuhnya untuk melawan bilirubin ini, maka terjadilah jaundis ini. Kadangkala ginjal bayi juga belum kuat dan masih tidak mampu menampung bilirubin ini.

Penyebab lain jaundis pula adalah :
• Perdarahan dalaman (hemorrhage)
• Infeksi pada salur darah (sepsis).
• Infeksi disebabkan virus atau bakteria.
• Jangkitan semasa dalam kandungan (TORCHES).
• Masalah jangkitan pada salur kencing.
• Ketidaksesuaian antara darah ibu dan darah bayi (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
• Kelainan sel darah merah bayi.
• Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum.
• Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)- Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu.( Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir).
• Masalah hati dan hempedu seperti biliary atresia / dubin johnson / neonatal hepatitis.
• Hormon tiroid yang rendah (hypothyrodism).
• Jaundice di sebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah di kenalpasti negatif)

Antara langkah pencegahan jaundis dari berlaku adalah dengan memastikan proses penyusuan bayi berjalan dengan lancar.

  • Beri susu kepada bayi 2-3 jam sekali termasuk waktu malam. Jika memberikan susu formula, seeloknya berikan bayi susu sekitar 1-2 auns 2-3 jam sekali.
  • Elakkan dari membiarkan bayi tidur sahaja kerana apabila bayi tidur, proses penyusuan akan terganggu.

Sebagai orang luar, kita tidak layak untuk petikaikan apa sahaja ibu bayi itu lakukan. Mungkin dia ikut pakar di hospital dan asalkan ia tidak merisikokan bayi mereka sendiri. Kerana ibu dan bapa bayi mempunyai hak untuk memilih yang mana baik dan yang mana beri kesan buruk kepada anak anda.

Sumber: Bel Nawhen

SIAKAP KELI