Luar Negara

‘Dah tak berguna’

By  | 

BELGRADE: Seorang wanita ditangkap kerana membunuh teman lelaki yang dijadikan hamba seks dan diseksa selama tiga tahun, sebelum memotong alat sulit mangsa dan mencampakkan organ itu ke dalam ketuhar kerana mangsa tidak diperlukan lagi.

Marina Becanovic, 34, didakwa memukul Petar Petrovic, 67, hingga mati 10 Januari lalu selepas mengurung dan mendera mangsa selama tiga tahun di rumahnya di Guncati, pinggir Belgrade, sebelum menghubungi keluarga mangsa dan memaklumkan perbuatannya selain mengaku ia disebabkan dia tidak lagi diperlukan.

Polis berkata, Marina mengikat Petrovic dan mendera lelaki itu dengan mencucuh dengan rokok, mengelar badannya dengan pisau sebelum memukul mangsa hingga mati.

Marina juga dilaporkan menetak lelaki itu dengan kapak dan mengerat alat sulit mangsa sebelum mencampak organ berkenaan ke dalam ketuhar.

Beberapa jiran memberitahu media tempatan, Marina menjadikan lelaki itu sebagai hambanya dan dia sering memukul mangsa yang bertubuh lebih kecil daripadanya, manakala mangsa amat patuh dengannya.

“Marina sering memukul dan mendera Petrovic. Lelaki itu sering dipukul, ditendang dan pernah ditikam dengan pisau. Marina melayan lelaki itu seperti hamba,” kata seorang jiran.

Seorang lagi jiran memberitahu, Petrovic taasub dengan Marina dan pernah melarikan diri beberapa kali tetapi dia kembali semula kepada wanita itu.

“Marina berbadan besar dan ganas. Saya pernah melihat dia mengangkat Petrovic yang bertubuh kecil dengan tangannya sebelum mencampak lelaki itu ke tanah,” katanya.

Petrovic juga dipaksa membersihkan rumah dan taman. Dia juga terpaksa menerima lelaki lain masuk ke rumah untuk berasmara dengan Marina.

Selepas membunuh Petrovic, Marina meminta bantuan bapanya untuk menutup jenayah berkenaan tetapi bapanya melaporkan kepada polis menyebabkan wanita itu ditangkap.

Polis memberitahu, lokasi tempat lelaki itu dibunuh penuh dengan darah yang bercampur dengan berpuluh-puluh tin bir dan arak.

Sumber : Harian Metro