Semasa

“Dara diutamakan..tak cute takpe”

By  | 

Ciri-ciri, manfaat dan jumlah bayaran gaji memainkan peranan penting untuk seseorang majikan itu nak memohon kerja.

Teknik pengiklanan yang berlainan dan cara penulisan dalam penyampaian info juga antara kekuatan utama untuk menambat hati jobseeker tu.

Tapi jangan lah sampai merapu hingga ke tahap hilang sensitiviti macam orang tak beradap ni.

Dara diutamakan…Tak cute takpe…

Ada satu syarikat ni sedang menyediakan peluang kerja sebagai seorang pereka grafik. Dalam iklan tersebut kriteria-kriteria yang diperlukan itu hanya memerlukan calon-calon yang ada kelulusan sekurang-kurangnya PT3.

Dalam iklan kerja yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini, majikan menggunakan ayat-ayat catchy dengan harapan mampu menarik minat orang luar.

Tapi apa yang tak kena adalah, syarikat yang bertempat di Shah Alam ni menggunakan perkataan ‘Dara Diutamakan’ dalam iklan tersebut dimana ia telah membuatkan netizen kurang senang dan marah.

Malah jika diperhatikan dibawah tiada sebarang manfaat yang patut dihuraikan jika menjadi kakitangan mereka.

Sumber : Twitter

Bermacam-macam kecaman di terima dek kerana ayat tersebut, ada yang menyifatkan bahawa majikan ini tiada sikap profesional kerana cubaan nak jadi santai itu berubah menjadi biadab.

Malah, ada juga yang anggap bahawa majikan tu mungkin pervert.

Nak nampak santai tapi lupa adab – Netizen

Hurm mungkin dia nak berlawak je kot, dan itu jelah cara dia nak dekat dengan anak-anak muda ni. Husnuzon.

LOBAKMERAH