Semasa

Darah tersembur dari mulut

By  | 

“SAYA cuba mengejutkan mangsa beberapa kali sebelum dia memberi tindak balas. Namun, ia diikuti darah tersembur dari mulutnya dan dia terus tidak sedarkan diri,” kata saksi kemalangan maut di Jalan Padang Temu di hadapan Taman Impian Padang Temu di Melaka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Ng Zhi Hiu, 26, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di kiri jalan yang kemudian menghempap bahagian depan keretanya.

Menurut saksi, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Emas dari tempat kerja di Ujong Pasir sebelum terlihat kemalangan berkenaan bersama seorang pemandu lelaki di dalamnya.

“Saya cuba bantu kejutkan mangsa yang mungkin pengsan tetapi terkejut apabila mendapati darah keluar menyembur dari mulutnya dan terus tidak sedarkan diri selepas itu.

“Pada masa sama, terdapat saksi lain yang menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Abdillah Hamid ketika ditemui berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada 5.15 pagi.

“Sebaik tiba, didapati sebatang tiang elektrik sudah menghempap bahagian depan kereta berkenaan yang di dalamnya terdapat seorang pemandu lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum pegawai perubatan Hospital Melaka yang tiba selepas itu mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

“SAYA cuba mengejutkan mangsa beberapa kali sebelum dia memberi tindak balas. Namun, ia diikuti darah tersembur dari mulutnya dan dia terus tidak sedarkan diri,” kata saksi kemalangan maut di Jalan Padang Temu di hadapan Taman Impian Padang Temu di Melaka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Ng Zhi Hiu, 26, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di kiri jalan yang kemudian menghempap bahagian depan keretanya.

Menurut saksi, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Emas dari tempat kerja di Ujong Pasir sebelum terlihat kemalangan berkenaan bersama seorang pemandu lelaki di dalamnya.

“Saya cuba bantu kejutkan mangsa yang mungkin pengsan tetapi terkejut apabila mendapati darah keluar menyembur dari mulutnya dan terus tidak sedarkan diri selepas itu.

“Pada masa sama, terdapat saksi lain yang menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Abdillah Hamid ketika ditemui berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada 5.15 pagi.

“Sebaik tiba, didapati sebatang tiang elektrik sudah menghempap bahagian depan kereta berkenaan yang di dalamnya terdapat seorang pemandu lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum pegawai perubatan Hospital Melaka yang tiba selepas itu mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – HARIAN METRO