Semasa

Depan Rumah Pun Boleh Kena Ragut Sekarang Ni!

By  | 

Orang kalau nak meragut sekarang ni, tak kira tempat dan keadaan dah. Tengah-tengah orang ramai pun makin berani buat kerja tak senonoh tu.

Semua ni jenis nak cepat senang — jalan mudahnya adalah pecah masuk rumah orang, mencuri, merompak termasuklah meragut.

Berapa banyak kes dah kita baca, mangsa kepada individu-individu tak bertanggungjawab ni pun dah tak kira siapa — baik ibu mengandung, nenek tua atau kakak-kakak manis kat luar sana.

Dan yang paling utama, mostly mangsa-mangsa yang menjadi sasaran peragut ni adalah golongan wanita.

Seorang pengguna Twitter, @DianaDaniel ada berkongsi pengalamannya yang baru saja diragut di tempat yang mungkin paling tidak disangka-sangka — depan rumah je!

Kak long kawasan dah bagi warning gais, kasi hentak je kalau terjumpa peragut tu. Kalau sesiapa yang terbaca pasal kes ni dan kebetulan menyaksikan kejadian — bolehlah ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Dah nama pun peragut, apa yang dia nak hanyalah duit je pun sebenarnya. Easy money kata, dan segala barang-barang lain milik kita macam kad pengenalan, lesen memandu dan lain-lain tu dia akan buang merata-rata.

Itu jugaklah yang berlaku pada mangsa ni, nasib baik ada abang GrabFood yang baik hati terjumpa dan nak pulangkan semula.

Apapun, syukur mangsa selamat dan hanya mengalami cedera ringan. Takpalah kalau hilang duit sekali pun, janji selamat kan?

Daripada perkongsian mangsa, ramai netizen cakap Wangsa Maju ni memang area panas kaki ragut cari mangsa.

Hmm, takut pulak bila baca. Malang tak berbau kan? Tapi kita boleh cegah perkara-perkara macam ni daripada berlaku dengan menjadi lebih alert terhadap persekitaran sekeliling kita. Bila nak keluar rumah tu, tengok waktu yang sesuai. Kalau malam-malam, better jangan berani nak keluar berseorangan — mintak kawan atau sesiapa temankan.

Lagi satu, sekarang kan ada banyak apps untuk memudahkan kita reach out kepada pihak berkuasa terutamanya polis. Misalnya macam apps Volunteer Smartphone Patrol.

Install dalam phone masing-masing, because you’ll never know when you’re gonna need it. 

LOBAKMERAH