Jenayah

”Dia Kata Saya Gila,” Suami Bunuh Isteri Yang Baru Dinikahinya 5 Hari

By  | 

Gara-gara dikatakan gila oleh isterinya dalam pertengkaran yang berlaku, seorang lelaki naik ‘hantu’ apabila tergamak menghabiskan nyawa wanita itu yang baru dinikahinya 5 hari lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Lampung Timur, Indonesia, mangsa dikatakan baru dibawa pulang ke rumah suaminya. Namun, dia meminta untuk kembali ke rumah ibu bapanya semula.

Suspek yang masih kepenatan dan merasa tidak sedap, didakwa menolak ajakan isterinya itu. Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian memarahi suspek sehingga mengakibatkan pertengkaran antara mereka.

Lebih tragis, suspek menghabiskan nyawa isterinya itu dengan mengelar mangsa menggunakan sebilah pisau di rumah ibu bapanya kerana terlalu berang. Polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Sumber : Liputan 6