Semasa

Doktor Dedahkan 6 Risiko Kalau Kerap Pakai ‘Korset Kerengga’

By  | 

Kepada mereka yang menjual bengkung atau corset, bakal membeli mahupun yang sedang menggunakan alat menguruskan badan itu, bacalah perkongsian dari lelaki ini. Semoga serik dan buang bengkung anda sekarang agar jangka hayat anda lebih panjang. Semoga bermanfaat.


BARU-baru ini aku perasan tweet pengasas bengkung masuk hospital dan orang kata disebabkan pemakaian bengkung/corset. 

Nak tahu betapa bahaya pemakaian bengkung kerengga ke atas badan korang?


1. RADANG KULIT

Bayangkan, ikat corset ketat-ketat dan dipakai seharian dalam jangka masa lama, dengan material yang belum tentu selesa dengan kulit yang boleh menyebabkan kegatalan. Silap haribulan boleh menyebabkan jangkitan kulit. 


2. ACID REFLUX

Pemakaian corset menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut anda ke atas dan peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan tidak penghadaman adalah tinggi. Bayangkan lama-lama nanti boleh kena ulser. 

3. PERNAFASAN

Bila pakai corset, nak bernafas pun susah. Bayangkan diaphragm (anak panah hijau) susah nak mengembang. Jadinya kurang oksigen masuk dalam badan korang. 


4. LEBAM

Lebam boleh jadi disebabkan oleh trauma. Saluran darah yang halus-halus pecah menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit. Trauma ini macam-macam, dalam kes ini kalau pakai corset ketat-ketat maka peluang berlakunya contusion adalah tinggi. 

5. KEBAS (NUMBNESS)

Bila tekanan berlaku, bukan sahaja peredaran darah terganggu malah saraf juga boleh terganggu. Korang akan rasa macam tercucuk-cucuk atau kebas di kawasan pinggang ke kaki (lower limb). 


6. PSYCHOLOGY

Of course kalau korang dah biasa paai corset, secara luaran korang akan nampak cantik. Tetapi korang akan rasa stress bila dah buka bengkung segala benda dan tak boleh nak menerima keadaan asal bentuk badan korang. Kemudian mulalah depression dan telan 16 biji pil kurus. 


Sumber: Aush Abdul

THEREPORTER