Hiburan

Ebby Yus derita sakit buah pinggang, lemah jantung

By  | 

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Muhammad Yunus Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Ebby Yus, 55, kini menderita sakit buah pinggang dan lemah jantung.

Beliau merasai penderitaan itu hampir setahun lalu hingga mengakibatkan dia hilang mata pencarian dalam bidang seni.

BH Online melaporkan Ebby menghidap sakit buah pinggang tahap tiga dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis serta perlu menjaga makanan.

Malah, untuk masalah jantungnya yang lemah dia terpaksa bergantung kepada ubat yang dibekalkan doktor.

Menurut Ebby, dia kini tidak lagi mampu berjalan jauh kerana badan terasa lemah dan lebih banyak berehat di rumah.

Dia juga terpaksa menolak tawaran berlakon sekiranya penggambaran itu dilakukan di luar Kuala Lumpur, katanya.

Pelakon yang sinonim dengan kumpulan lawak Sepahtu itu turut menyatakan, terpaksa menyerahkan keretanya kepada orang ekoran tidak mampu lagi untuk membayarnya. – MalaysiaGazette