Hiburan

Emma dah bernikah katanya…

By  | 

HUBUNGAN antara pelakon Emma Maembong dengan lelaki bernama Syed Abdullah menjadi semakin panas apabila timbul dakwaan mengatakan mereka sudah berkahwin.

Dakwaan terbabit tular apabila seorang pengikut Instagram @memes_puaka mendedahkan bahawa Emma dan Syed adalah pasangan suami isteri.

“Mereka berdua dah bernikah. Syed menunjukkan gambar mereka ketika dalam penerbangan ke Dubai.

“Syed mahu berhenti jadi pramugara dan menceburkan diri dalam kerjaya seni. Syed sedang kumpul duit untuk mengadakan majlis sanding dan membeli rumah,” memetik komen berkenaan di laman Instagram milik memes_puaka hari ini.

Menurut komen itu lagi, pengguna laman sosial terbabit terpaksa mendedahkan perkara itu kepada umum selepas kasihan melihat Syed Abdullah teruk dikecam sehingga menimbulkan fitnah.

Usaha Harian Metro menghubungi Emma bagi mendapatkan kepastian mengenai status sebenar dia dan Syed tidak berjaya apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan dan mesej.

Baru-baru ini, tular di laman sosial gambar panas membabitkan Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 27, yang tidak bertudung bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.

Penularan gambar itu menerima kecaman hebat selepas memaparkan Emma yang tidak berhijab dalam keadaan berpelukan dengan Syed Abdullah.

Sehingga setakat ini, kedua-dua pihak hanya memuatnaik kenyataan maaf secara terbuka di laman Instagram masing-masing tanpa mendedahkan status hubungan mereka.

Sumber : Harian Metro