Hiburan

Fast Furious Kembali Dengan Filem Komedi

By  | 

Siri filem aksi Fast & Furious akan kembali dengan satu lagi naskah baharu.

Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious : Hobbs & Shaw.

Kali ini, Dwayne Johnson (Luke Hobbs) dan Jason Statham (Deckard Shaw)  disatukan sebagai teraju utama filem ini.

Filem arahan David Leitch ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Idris Elba, Vanessa Kirby, Roman Reigns, dan Helen Mirren.

Filem ini akan ditayangkan di semua pawagam di Malaysia bermula 1 Ogos 2019.

Sumber : Astro Gempak