Luar Negara

Gaduh terus langgar [VIDEO]

By  | 

LONDON: Seorang pemandu wanita cedera akibat tersepit antara dua kereta selepas dilanggar seorang lelaki dalam pergaduhan berhampiran Istana Buckingham kelmarin.

Mail Online melaporkan, kejadian berlaku apabila wanita berkenaan keluar dari kenderaannya sebelum secara tiba-tiba dia dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki menyebabkan dia tersepit antara dua kenderaan.

Satu rakaman video menunjukkan wanita itu tersepit antara dua kereta dan mengerang kesakitan serta meminta tolong.

Seorang lelaki dilihat mengundur kereta Range Rover Evoque untuk melepaskan wanita itu yang kemudiannya jatuh ke jalan sebelum dibantu orang ramai.

Polis memberitahu, lelaki yang melanggar wanita itu bertindak agresif menyebabkan polis menembaknya dengan pistol renjatan dan menahannya.

Wanita itu dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans dan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.

HARIANMETRO