Semasa

Gara-gara Tak Berkasut di Pantai Port Dickson, Kaki Gadis Ini Bengkak Dimasuki Cacing!

By  | 

Ada yang terfikir nak pergi pantai tak hujung minggu ni? Haa kalau korang nak pergi pantai dan berjalan-jalan di persisiran tu, hati-hati dan make sure pakai kasut kalau tak nak jadi macam gadis kat bawah ni.

Menurut posting Facebook yang dikongsikan Nurul Ezzatul, dia baru-baru ni telah mengalami jangkitan cacing di bahagian tapak kakinya akibat daripada berjalan kaki ayam di tepi pantai! Alamak! 

“Mula-mula just ada belon kecik je, akak ingat sebab melecet kena apa-apa ke kan” 

Semuanya bermula apabila Ezzatul sekeluarga bercuti ke Port Dickson seminggu lepas raya. Obviously lah kita kalau ke pantai memang akan tanggalkan kasut sebab nak pijak pasir dan mandi laut semua.

Tapi tak disangka-sangka pulak kakinya dimasuki cacing yang sangat halus. Aiyo geli! 

“Memang tak terpikir dek akal nak jadi macam ni. Mula-mula just ada macam belon kecil jeee. Akak ingat sebab melecet kena apa-apa ke kan. 

“Tup-tup 5 hari lepas balik tu tiba-tiba ada line macam tu. So akak assume urat or whatever makanya buat tak tau dan urut-urut aje dan guess what tak ada rasa sakit” 

Sumber: WOB

“Setiap malam ada rasa benda merayap-rayap dalam kaki… gatalnya memang tak boleh brain” 

Tapi yang peliknya setiap malam Ezzatul akan alami kegatalan kakinya dan seperti ada benda meraya-rayap di bawah kaki. Ish, ish!

Apabila perkara jadi lebih buruk, mangsa pun rujuklah doktor dan terkejut bila dapat tahu kakinya telah didiagnos penyakit cutaneous larva migrans! 

“Setiap malam akak tidur akak memang rasa ada benda merayap-rayap kat kaki dan kadang gatal yang tak boleh brain gatal dia. 

“Sejak dua hari lepas makin teruk, so… akak pun pergilah hospital. So doktor diagnose cutaneous larva migrans nama penyakit dia. 

“Dia dah jadi kaum nomad dok berjalan satu kaki. Bengkak tu sebab dah infection sampai bisa sangat walaupun melangkah. Doc bagi 1 minggu untuk matikan cacing tu dan kalau tak baik kena jumpa pakar kulit untuk keluarkan benda alah itu!” 

Sumber: Facebook

“Tak tahan dan terasa macam dia sedang zumba dalam kaki akak” 

Nak gelak pun kasihan tapi kata Ezzatul, dia memang dah tak boleh tahan sebab cacing tu kerap sangat bergerak dalam kakinya seperti tengah berzumba pulak. Erk! Apa-apapun dia ingatkan supaya korang kat luar sana jangan lupa pakai kasut sebab kita tak tahu apa yang kita pijak! 

Doakan cacing tu mati cepat ye. Sebab akak tak tahan dan terasa macam dia sedang zumba dalam kaki akak. 

“Moral of the story – selalu pakai alas kaki! Walaupun tengah memandu sebab kita tak tahu apa yang kita pijak” 

Ingat tu! Pakai kasut ye. Tak elok jalan berkaki ayam. 

LOBAKMERAH