Tips

Guna telefon pintar ketika makan jadikan lebih gemuk

By  | 

LONDON 24 Feb. – Kajian menunjukkan penggunaan telefon pintar ketika makan boleh menyebabkan penambahan 15 peratus kalori selain makan lebih banyak makanan berlemak.

Daily Mail melaporkan, kajian tersebut menunjukkan mereka yang memandang skrin telefon mungkin mengalihkan perhatian pengguna tentang berapa banyak makanan yang diambil.

“Itu mungkin menghalang pemahaman otak yang betul mengenai jumlah makanan dicerna,” kata penyelidik yang menjalankan kajian ke atas 62 individu yang makan sendirian.

Lelaki dan wanita berumur antara 18 hingga 28 tahun yang terlibat dalam kajia tersebut memilih makanan sendiri.

Tiga ujian dijalankan yang mana mereka makan tanpa gangguan, menggunakan telefon pintar dan membaca majalah,

Rata-rata para peserta tersebut makan 535 kalori tanpa gangguan pada telefon pintar tetapi 591 ketika menggunakan telefon bimbit.

Bagi sampel berat badan berlebihan, mereka makan 616 kalori semasa menggunakan telefon pintar.

Didapati peserta menggunakan 10 peratus lebih banyak makanan berlemak. Mereka juga makan lebih banyak ketika membaca majalah. -AGENSI