Agama

Inilah syaitan dalam masjid, Anak Muda Persenda Terawih

By  | 

Acap kali bulan Ramadan, umat Islam berpusu-pusu ke masjid taknak lepaskan peluang untuk tunaikan solat terawih. Yela, hanya setahun sekali dapat rasa buat ibadah sebegitu.

Tapi, lain pula kes dekat Indonesia ni bila geng remaja datang ke masjid bukan untuk solat. Viraldi Facebook satu video menunjukkan sekumpulan anak muda buat aksi tak senonoh dalam masjid ketika orang sedang solat terawih.

Sumber: Makassar Terkini

Dalam pada imam tengah baca surah dan orang lain sedang khusyuk, kumpulan pemuda ni boleh pula main-main, mempersendakan solat terawih. Menurut Makassar Terkini, kejadian ini dilaporkan berlaku dekat Gorontalo di Sulawesi.

Rakaman video tu menunjukkan mereka pegang handphone masing-masing dan selfieserta berjoget sambil bergelak ketawa di bahagian paling belakang saf. Salah seorang dalam geng tu, selamba je rakam perangai tak senonoh dorang dan video ini sekarang dah viraldi internet lepas seorang wanita upload dekat Facebook.

Sumber: Makassar Terkini

Ramai netizen yang tengok video tu rasa bengang dengan perangai tak bermoral geng remaja ni. Siap ada yang cakap kalau ibu bapa dorang tengok video tu, tolonglah nasihat sikit anak.

“Astaghfiruloh. Prihatin dengan remaja zaman sekarang, punya akal gak?”

“Mungkin itu yang dinamakan syaiton dalam masjid.”

“Sholat kok dibuat main gitu. Kalo ngak niat, cuma mau main selfie gitu, ngak usah dalam masjid. Keluar aja.”

Tonton aksi tak senonoh dorang dekat bawah ni:

Biadap! Tak pasal pasal mengganggu orang lain nak khusyuk!

LOBAKMERAH