Luar Negara

Isteri Patah Dua Batang Gigi Disepak Suami Tidak Tahan Kuat Membebel

By  | 

Kata-kata bahawa wanita adalah perhiasan dunia sering kita dengar. Seorang isteri dengan keindahan dan kelembutannya menenangkan hati si suami. Tetapi, bagaimana pula jika lelaki berkahwin dengan isteri yang kuat membebel?

Seeloknya, janganlah sampai meniru tingkah laku buruk lelaki ini. Tidak tahan mendengar bebelan isteri, dia telah bertindak menendang muka isterinya sehingga dia telah mematahkan dua giginya, melaporkan Malaysian Digest.

Kejadian yang berlaku di Jawa Timur pada 29 Ogos lepas apabila wanita yang dikenali sebagai Nem sedang menunggu suaminya pulang ke rumah. Suaminya dikatakan telah keluar pada jam 9 malam dan akhirnya pulang pada jam 2 pagi.

Sebaik sahaja suspek pulang, mangsa terus menyoal suaminya tentang kelewatan pulang ke rumah. Akibat dari pertanyaan itu, mereka telah berperang mulut sambil si isteri mengungkit mengapa lelaki itu tidak membalas SMS yang dihantar olehnya.

Runsing dan rasa lemas dengan bebelan si isteri yang berlebihan, lelaki tersebut telah memukul isterinya sehingga terjatuh dan menyepak mulutnya kuat. Tendangan tersebut menyebabkan dua batang gigi depan wanita tersebut patah.

Suspek berjaya ditahan polis dan kejadian tersebut mendapat perhatian jiran tetangga yang sedia maklum akan pergaduhan suami isteri itu.

Menurut suspek ketika disoal siasat, dia mengaku bahawa dia tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap isterinya yang hanya pentingkan telefon bimbit.

Namun lain pula jawapan isterinya. Kata Nem, “Saya nak marah sebab suami balik lambat, tapi saya kena marah balik. Saya main handphone cuma main Facebook dan YouTube, tidak ada niat lain.”

“Saya minta maaf kepada suami mungkin saya belum boleh menjadi isteri yang baik,” luah Nem bernada sedih.

Sumber : AliffChannel