Hiburan

Itu gambar ‘photoshop’ lah – Haqiem Rusli

By  | 

“ITU gambar ‘photoshop’ lah,” kata penyanyi Haqiem Rusli mengenai gambar lelaki sedang tidur bersama seorang wanita yang tersebar di laman Twitter baru-baru ini.

Haqiem, 21, atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, gambar tersebar itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Haqiem, dia berharap peminat dan masyarakat tidak mempercayai bulat-bulat perkara itu.

“Itu adalah ‘edit’ (suntingan). Walaupun gambar itu tidak tular, tapi nampak sangat disunting sebab dalam gelap.

“Saya pun tidak tahu siapa yang buat. Takut orang percaya bulat-bulat,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai penyebaran video bogel rakan baiknya iaitu penyanyi, Aiman Tino, Haqiem berkata sesama artis tidak patut mengecam penyanyi lagu Permata Cinta itu.

“Saya ada tengok video itu sebab ia lalu di ‘timeline’ Twitter. Bukan sengaja cari dan buka. Ketika itu juga saya terus menghubunginya, tapi tidak aktif.

“Kemudian, dia menghubungi semula, saya pula sedang terbabit dalam penggambaran. Selepas itu, saya menghantar mesej dan memberikan kata-kata positif untuknya.

“Aiman antara sahabat artis yang sering berhubung. Malah, saya pula jenis yang ada ketika berasa ‘down’. Ini yang patut dibuat oleh rakan artis lain dan bukannya mengecam sesama sendiri,” katanya. – Hmetro