Tips

Jangan Sesekali Letak Ubat Gigi Atau Kicap Atau Tepung Pada Tubuh Badan Yang Melecur!

By  | 

Jangan Sesekali Letak Ubat Gigi Atau Kicap Atau Tepung Pada Tubuh Badan Yang Melecur! Seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin menasihatkan supaya jangan sesekali meletak bahan-bahan yang dicadangkan.

Selalunya, jika terkena minyak panas atau apa sahaja yang menyebabkan kulit kita melecur pasti akan ada orang yang menasihati supaya meletak bahan seperti kicap atau ubat gigi bagi meredakan lecuran tersebut.

Namun, seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin menasihatkan supaya jangan sesekali meletak bahan-bahan yang dicadangkan. Perkara tersebut dikongsinya melalui satu bebenang pada laman twitternya.

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

◾Tahap 1: Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.

◾Tahap 2: Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

◾Tahap 3: Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @dr_chaku

APAKES