Luar Negara

Jauh-Jauh Nak Jumpa Anak, Kena Halau Tak Mengaku Mak

By  | 

Ternyata hikayat si tanggang ni memang benar-benar wujud di dunia nyata, video ibu diabaikan anak sejurus sahaja tiba ke satu tempat ni tengah viral di Indonesia.

Seorang ibu yang rambutnya dah beruban menangis tersedu-sedu menceritakan kelakuan anak kandungnya saat mereka bersua setelah sekian lama tak bertemu.

Lama sangat tak jumpa

Si ibu ni dah travel jauh-jauh dari Jember ke Bali demi menemui anak kandungnya. Dia siap bawa keropok kegemaraan anak dia dari jauh tu.

Tapi bila dah sampai, hasrat ibunya nak lepaskan rindu dekat anak berubah jadi pilu. Lapor Tribun, ibu ini kena halau bila dah sampai rumah anak dia. Ketika dia dijumpai oleh orang awam dekat satu warung ni, dia dilihat sedang menangis tersedu-sedu.

Ia dirakam oleh netizen, dalam video itu dia menjelaskan yang di rindu sangat-sangat dekat anak dia, tapi kecewa bila dah datang jauh-jauh dia dihalau.

Katanya dia datang ke Bali bukan berniat nak meminta-minta tapi hanya sekadar nak lepaskan rindu dekat anak dia saja. Nak tak nak dia terpaksa lah pulang semula ke Jember.

Kalau dah ada life sendiri pun jangan lah lupa mak sendiri. Video itu telah dikongsikan di Facebook, dan ramai yang sebak melihat ibu ni. Bayangkan kalau itu mak kita sendiri, tak sanggup lah!

LOBAKMERAH