Tips

Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan (Mudah – 5 Bahan Sahaja)

By  | 

Bahan-bahannya:

  • 3/4 gula pasir- suka manis bolehlah letak 1 cawan.
  • 1 cawan marjerin atau butter
  • 3 biji telur-kita guna gred B.
  • 1 setengah cawan tepung naik sendiri
  • 4 biji pisang berangan – lenyekkan

Cara penyediaannya:

1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap. 
4. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye. . Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh. 
5. Hiaskan dengan potongan pisang.
6. Bakar dengan suhu 160°c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.

Siap dah kek pisang. Mudah dan jimat masa. Resepi lain selain Kek Pisang ini juga boleh dibaca dan dicari di blog kami. Pelbagai resepi mudah yang mendapat perkongsian ramai. Selamat membaca dan mencubanya.