Luar Negara

Kemaluan perogol ‘dikerjakan’ pitbull sebagai hukuman

By  | 

SEORANG perogol menerima balasan kejam apabila kemaluannya diserang seekor pitbull.

Lelaki yang berusia 30-an diperlaku sedemikian selepas dituduh merogol seorang wanita di bandar Mexico bulan lalu.

Rakaman hukuman tersebut disebarkan selepas lelaki itu dikerjakan pitbull sebagai peringatkan kepada penyerang seks yang lain.

Tangan lelaki tersebut diikat dalam keadaan berbogel dan dijatuhkan oleh lima orang lelaki.

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu kelihatan menjerit dalam bahasa Sepanyol: “Berhenti, tinggalkan saya sekarang, lepaskan saya,” sambil diperhatikan sekumpulan lelaki.

Salah seorang kumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan kartel dadah yang beroperasi di bandar Mexico itu cuba menghentikan jeritan mangsa dengan menutup mulut menggunakan baju.

Berdasarkan laporan media tempatan, beberapa tahun ini kaedah yang digunakan oleh organisasi jenayah semakin kejam.

Malah  serangan seksual juga semakin meningkat dan dilaporkan sedozen wanita dirogol setiap hari.

Bulan lalu beratus-ratus wanita berarak di jalan bandar Mexico meminta perlindungan daripada polis selepas jumlah serangan seks berprofil tinggi melibatkan pegawai semakin meningkat.

Perarakan itu dibuat selepas dua kes terbaharu melihatan dua remaja perempuan yang dirogol oleh pegawai-pegawai polis. –metro.co.uk