Luar Negara

Kereta kebal Israel sasar Bukit Golan

By  | 

SDAMSYIK: Serangan kereta kebal tentera Israel semalam mengenai wilayah selatan Syria di Quneitra yang bersempadan jajahan Bukit Golan, kata media tempatan di negara bergolak itu.

“Serangan meriam Israel menyasar sebuah hospital musnah di Quneitra dan stesen pemantauan,” kata agensi berita SANA.

Sumber tentera dipetik agensi itu berkata, serangan itu hanya menyebabkan kerosakan.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman berkata, tujuh meriam mengenai kedudukan rejim di Quneitra, termasuk sebuah pos pemantau.

Kumpulan itu berkata, serangan terbabit mengakibatkan kehilangan nyawa tanpa memberi jumlahnya.

Tentera Syria mengambil alih kawalan di bahagian selatan Quneitra pada pertengahan 2018, lima tahun selepas pemberontak mengawalnya.

Israel merampas kawasan seluas 1,200 kilometer persegi Bukit Golan dari Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mendudukinya dalam tindakan tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Sumber : Berita Harian