Sukan

Ketangkasan Kaki De Gea Pastikan Rekod 6 Kemenangan Berturut-Turut MU

By  | 

David De Gea, penjaga gol kebangsaan Sepanyol terus membuktikan mengapa dia layak diletakkan dalam kalangan penjaga gol terbaik dunia apabila aksi tangkasnya menjaga gawang Manchester United (MU) semalam ketika turun berhadapan dengan Tottenham Spurs memastikan tiga mata penuh dibawa pulang daripada Wembly.

Dalam aksi berbalas serangan semalam, De Gea berjaya menafikan 11 percubaan tepat yang dilancarkan oleh jentera serangan Spurs diketuai penyerang England, Harry Kane ke arah kubu pertahanan MU.

Sebelum itu, MU berjaya mendahului perlawanan selepas Marcus Rasford yang menerima umpanan cantik daripada Paul Pogba berjaya menjaringkan gol sebelum tamat separuh pertama. Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Namun disebalik kemenangan tersebut, aksi De Gea lebih mendapat perhatian dan sudah tentu dipuji oleh rakan sepasukannya.

Antara rakan sepasukannya turut meninggalkan komen memuji aksi De Gea adalah Ander Harrera, Juan Mata, Victor Lindelof dan Nemanja Matic.

Garry Naville, salah seorang komentator perlawanan turut kagum dengan aksi yang ditunjukkan oleh De Gea.

”De Gea sangat hebat. Bijak menggunakan kakinya untuk menutup segenap ruang,” katanya.

”Dia mungkin penjaga gol terbaik dunia yang tahu menggunakan kaki untuk menyelamatkan gawang. Pihak lawan harus menukar taktik, mungkin perlu menyerang daripada atas.

”Jika saya perlu turun dan berhadapan dengannya, saya mungkin akan berlatih untuk menjaringkan gol dengan bola tinggi.

”Anda sudah melihat dia melakukannya sebelum ini beberapa kali. Dia sangat pantas dan tepat dalam menyesuaikan kakinya ketika bertahan. Jadi anda harus menjadi kreatif,” kata Robbie Keane.

Tamat perlawanan, De Gea dipilih sebagai Man Of The Match. Kemenangan tipis 1-0 keatas Spurs mengekalkan rekod bersih 6 kemenangan MU berturut-turut dibawah jurulatih sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Bagaimanapun, MU kekal di tangga keenam selepas 22 perlawanan dan mengumpul sebanyak 41 mata, sama mata dengan Arsenal yang menghuni diposisi kelima, tetapi berbeza jumlah jaringan yang memihak kepada kelab London tersebut.

Sumber : SK