Luar Negara

Kisah Gajah Umur 70 Tahun Yang ‘Terseksa’ Tapi Disembunyikan Disebalik Kostum Warna-Warni

By  | 

Gambar dibawah menunjukkan gajah berusia 70 tahun yang kelaparan tidak sedarkan diri selepas berjalan berbatu-batu setiap malam di sambutan festival keagamaan.

Sumber: MetroUk

Kisah Tikiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan kumpulan hak asasi haiwan selepas kisah Tikiri yang kurus kering disembunyikan disebalik kostum yang berwarna-warni.

Tikiri merupakan satu daripada 60 ekor gajah yang berarak di jalanan bagi sambutan Esala Perahera, yang merupakan Festival Buddha di Kandy, Sri Lanka.

Sumber: MetroUk

*Amaran : Gambar-gambar yang bakal admin kongsikan ini mungkin sedikit menyedihkan

Salah seorang jurucakap kuil yang menganjurkan festival tersebut berkata, Tikiri menderita dari penyakit pencernaan yang menghalang haiwan itu untuk tambah berat badan.

Malah mereka dimaklumkan oleh pihak tertentu yang penyakit itu tidak melemahkan kekuatan dan kebolehannya untuk sambutan berkenaan.

Sumber: MetroUk

Bagaimanapun gambar terbaru yang menunjukkan Tikiri pengsan jelas bertentangan dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kuil tersebut.

Malah ada juga rakaman yang menunjukkan gajah-gajah yang digunakan bagi Perahera festival sekitar Sri Lanka didera oleh penjaga dengan menggunakan kayu.

Gajah-gajah tersebut dilihat cuba mengelak dari sebatan tersebut malangnya kaki mereka dirantai bagi mengelakkan mereka dari melarikan diri.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kuil berkenaan berkata pemilik Tikiri ada membuat permintaan penglibatan haiwan itu dalam upacara keagamaan tersebut mengikut kepercayaan dulu-dulu kerana ia mampu menyembuhkan haiwan yang sakit.

Namun…

Tikiri menyertai perarakan tersebut sejak awal petang hingga lewat malam selama 10 hari berturut-turut ditengah-tengah bunyi bising, percikan bunga api dan asap. Haiwan itu juga berjalan berkilometer setiap malam”–Lek Chailert

Wanita itu yang juga pengasas Yayasan Selamatkan Gajah di Utara Thailand berkata malangnya tiada siapa yang melihat badan Tikiri yang semakin kurus dan lemah kerana disembunyikan disebalik kostum berwarna-warni.

“Tiada diapa yang melihat air matanya, kecederaan disebabkan lampu terang yang menghiasi topeng dipakainya, tiada siapa melihat kepayahan Tikiri setiap kali dia melangkah kakinya menggeletar”

“Bagaimana kita boleh katakan ini rahmat atau sesuatu yang suci sekiranya kita buat hidupan lain hidup menderita”

Kesiannya Tikiri, kenapa lah sampai nak dera macam ni.

LOBAKMERAH