Uncategorized

“Macam isteri arwah tak dianggap sebagai keluarga arwah” – Netizen Bengang Bila Baca Komen Ali Puteh

By  | 

Ketegangan antara keluarga arwah Abam Bocey ini nampaknya semakin lama semakin parah apabila ramai reaksi memberikan komen kurang senang terhadap tindakan Ali Puteh ini.

Dalam hal ini ramai yang lebih berpihak kepada Dato’ Aliff Syukri berikutan dengan tindakannya yang ‘boongkarkan’ rahsia terhadap apa yang berlaku dekat balu arwah, Nor Hidayah.

Patut minta kebenaran keluarga arwah – Ali Puteh

Kemarahan netizen membuak-buak sehingga setiap perincian yang dilakukan oleh Ali diperhatikan. Komen yang diberikan itu menjadi tumpuan netizen apabila dia menyatakan alasan dia marah kepada Dato Aliff.

Katanya Ali sepatutnya perlu mendapat persetujuan daripada keluarga arwah untuk melakukan termubual itu.

Namun begitu, ia menjadi pertikaian netizen apabila kenyataannya itu seolah-olah menafikan yang Nor Hidayah itu sebahagian daripada keluarga arwah.

Walaubagaimanapun Aliff Syukri sebelum ini ada buat kenyataan berhubung dengan isu tersebut, dia telah mendapat persetujuan oleh isteri Abam.

Macam isteri arwah tak dianggap keluarga – Netizen

Netizen jadi marah dengan Ali Puteh berhubung dengan ketelanjurannya melemparkan kata-kata pedas kepada kakak iparnya dengan melabelkan balu arwah Abam itu sebagai binatang.

lobakmerah