Semasa

Lastik Kereta Orang Atas Jalan, Netizen Gesa PDRM Angkut Budak-Budak Berlagak Samseng Ni

By  | 

Rakaman video kelakuan sekumpulan anak muda mengganggu ketenteraman awam sedang viral di Twitter. Perbuatan yang mengganggu ketenteraman orang awam itu telah mengundang kemarahan netizen.

Hati2 dengan budak sengal zaman sekarang,takda benda yang faedah nak buat, mohon sangat2 viral benda ni sebab dekat ngan area rumah aku, kawasan Anggerik,KL”

Tiga rakaman video yang dikongsikan oleh Syazwan ini menunjukkan segelintir remaja sedang bersembunyi di bahu jalan sebelum melastik kereta yang sedang lalu diatas jalan dengan kuat.

Aku sendiri tengok pun panas,kecik-kecik dah pandai mintak bunga”

Video kedua pula menunjukkan salah seorang daripadanya sedang membuat kecoh di kedai orang, mereka bersepahkan barang-barang kedai dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Budak ni baring tengah jalan

Dalam video ketiga, dilihat mereka semua baring di atas jalan biarpun ada kereta tengah lalu. Menurut sumber, aktiviti tak ada sivik ini bertempat di kawasan Anggerik, Kuala Lumpur.

Diaorang ni memang dilahirkan tak ada otak ke? – Netizen

Bengang melihat kelakuan diaorang yang tak ada sivik ni, ramai netizen menuding jari kepada ibu bapa mereka yang dianggap macam tak pandai jaga dan didik anak.

Malah masing-masing menggesa pihak PDRM untuk membuat tindakan keatas remaja-remaja ni.

Kalu nakal sesama sendiri tu lain lah, tapi ni dah sampai mengancam keselamatan dan menganggu ketenteraman awam tu dah dikira melampau.

LOBAKMERAH