Semasa

Lelaki Anak 7 Mengadu Isteri Tak Pandai ‘Layan’ Tapi Kena Maki Netizen

By  | 

Dalam sesuatu perhubungan mesti ada pasang dah surut, suami tak puas hati dengan isteri, pada masa yang sama isteri pun tak puas hati dengan suami.

Seperti kisah yang dikongsikan di page Kisah Rumah Tangga di facebook ni.

Si suami meluahkan rasa tak puashati dengan isteri yang sudah dinikahinya selama 10 tahun dan mereka kini sudah memiliki 7 orang anak tapi katanya wanita itu kini sudah tak pandai ‘layan’?

“Aku dah berkahwin bak 10 tahun. Anak 7 org. Yg bongsu 2 bulan. Aku kerja sayur je. Dari awal kawin. Bini aku tak pandai layan aku…”

Terkedu admin baca perkongsian lelaki ini, sebab pelik jugak kan kalau isteri tak pandai layan, tak ada lah sampai 7 anak.

Rata-rata netizen pun pelik dengan kisah lelaki ni, sebab jelas menunjukkan isterinya sudah penuhi tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

So sebab itu ramai yang menghentam lelaki ini.

Sumber: Facebook

Admin yang lelaki ni pun segan bila baca kisah lelaki ni.

LOBAKMERAH