Luar Negara

Lelaki kerat, makan mayat ibu sendiri

By  | 

MADRID: Seorang lelaki mengaku membunuh, mengerat sebelum menjamah mayat ibunya sendiri.

Dalam kejadian di Madrid, Sepanyol, lelaki berkenaan turut mengaku meletakkan bahagian lain tubuh ibunya di dalam bekas makanan tengah hari.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat apabila polis menyerbu sebuah rumah di daerah Salamanca selepas menerima laporan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Menurut rakan kepada wanita malang itu, dia membuat laporan selepas tidak melihat mangsa lebih sebulan.

Polis yang melakukan serbuan terkejut apabila mendapati bukan sahaja tubuh wanita berkenaan dipotong menjadi cebisan kecil, malah ia turut dijadikan sajian anjing belaan mereka.

Polis percaya lelaki berkenaan, yang disahkan mempunyai masalah mental, tidak memakan daging ibunya secara mentah, tapi memasaknya terlebih dahulu.

Lelaki itu kini dalam tahanan polis manakala anjingnya di bawa ke pusat jagaan haiwan.

Sumber : Awani