Jenayah

Lelaki mengaku kahwini isteri untuk mudah cabul anak tiri

By  | 

QUEENSLAND: Seorang lelaki sanggup mengahwini seorang wanita semata-mata mahu mendekati anak lelaki wanita tersebut untuk dijadikan mangsa seksual.

Kegiatan tidak bermoral itu dilakukan lelaki tidak bertanggungjawab terbabit ke atas anak tirinya yang ketika itu berusia 10 tahun di rumah mereka, di Queensland, Australia.

Lebih mengejutkan apabila lelaki yang dianggap bapa tiri kepada kanak-kanak malang itu ‘bijak’ meracuni pemikiran anak tirinya selepas kanak-kanak itu mempunyai masalah peribadi dengan bapa kandungnya.

Malah, suspek telah ‘bermesra’ dengan dengan mangsa yang ketika itu berusia 10 tahun dan memaklumkan bahawa ia adalah perkara biasa untuk seorang ayah menyentuh secara seksual ke atas anaknya, lapor portal Sunshine Coast Daily.

Pegawai Unit Siasatan dan Penjagaan Kanak-Kanak Sunshine Coast, Australia, Sarjan Tom Dawson memuji keberanian kedua-dua mangsa hingga tertangkapnya lelaki tersebut.

Lelaki pedofilia itu kini berdepan sekurang-kurangnya 15 tahun penjara selepas mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan kesalahan itu.

Sumber : Awani